Kenshido International merupakan sebuah syarikat tempatan yang menerajui ombak webucation pada tahun 1999. Apabila IT diperkenalkan pada tahun 1990,syarikat melancarkan program E-Learning untuk menyediakan pelajar bersiap sedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A.
Di tubuhkan pada tahun 1999 oleh encik Jason Kok (Presiden dn group CEO). Setelah 10 tahun sejak penubuhan, Kenshido International telah berjaya membantu beribu pelajar skor A dalam peperiksaan utama kerajaan termasuklah UPSR, PMR dan SPM.
Hari ini jenama Score A menjadi sebutan ramai ibu bapa dan guru-guru.
Kenshido International Sdn BhdWisma Kenshido, No 1-1, 1-2, 1-3,
Jalan PJU 5/6, Dataran Sunway PJU 5,
47810 Kota Damansara, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603-6141 8286
Fax: 603-6141 8126 / 8136Website Rasmi:
www.kenshido.com
www.scorea.com
E-mail:enquiries@kenshido.com
***Klik sini untuk dapatkan Peta ke alamat Kenshido International.
www.scorea.com
E-mail:enquiries@kenshido.com
***Klik sini untuk dapatkan Peta ke alamat Kenshido International.
Visi Kenshido
Menyediakan kejayaan terunggul bagi pemimpin hari ini dan landasan yang kukuh untuk pemimpin hari esok.
Misi Kenshido
• Menyediakan sokongan terbaik untuk pengedar
• Memupuk dan membina kepemimpinan
• Mencapai aras tertinggi kepuasan pelanggan
LEMBAGA PENGARAH KENSHIDO
Sebagai salah seorang daripada pengasas kepada Score-A Program, beliau juga bertanggungjawab meneraju usaha pemasaran syarikat. Beliau juga adalah seorang ‘Network Builder’ yang berjaya dan mempunyai pengalaman selama 20 tahun. Perkembangan syarikat secara mendadak ini, adalah sebahagian daripada tanggungjawabnya. Jason menamatkan pendidikan menengahnya di Institut St. Micheal di Ipoh dan juga seorang juruaudit yang bertauliah. Setelah mendapat ijazah, Jason memulakan kariernya di Jabatan Hasil Dalam Negeri dan mula bekerja di sebuah bank perdagangan pada tahun 1985. Pada tahun 1988, beliau keluar untuk menerajui perniagaan ‘Networknya’ sendiri.
Puan Norlia telah terlibat dalam penubuhan Edu-2U Portal Sdn Bhd dan bertanggungjawab mengadakan hubungan dua-hala dengan kerajaan. Selepas menghabiskan masa selama 20 tahun bekerja dengan berbagai kementerian kerajaan. Puan Norlia, melalui rangkai kerja hubungannya yang luas terbukti sebagai asset yang sangat berharga kepada perniagaan syarikat ini.
Beliau merupakan seorang pendidik yang berjaya yang mempunyai lebih 39 tahun pengalaman dalam pendidikan. Beliau telah memperoleh ijazah Sarjana dalam Pendidikan dari University of Alberta, Kanada. Malahan, beliau juga merupakan seorang siswazah dari University Melaya dengan B.A. (Hons) dan pemegang "Diploma in Higher Education Admin" dari University of London. Penglibatannya di bidang pendidikan, Dato' Ghazali pernah memegang beberapa jawatan penting seperti Bekas Pengarah Pendidikan di Melaka, Pulau Pinang dan Perak; Timbalan Pengarah Pendidikan di Pahang dan Johor, Pengetua di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz di Teluk Intan, Perak; Pengetua Sekolah Alam Shah; Penyelia Kanan Bahagian Latihan Guru, Kementerian Pendidikan; Pengerusi Srurhanjaya Perkhidmatan Awam, Perak. Dengan pengalaman dan kepakarannya yang sangat luas, Dato' Ghazali telah banyak menyumbang kepada kejayaan Syarikat ini.
SUSUR GALUR PENUBUHAN SYARIKAT
- Dibangunkan oleh Kenshido International Sdn. Bhd. (dulu dikenali sebagai Edu-2u Portal Sdn. Bhd.) pada tahun 1999.
- Pelopor yang terunggul dalam Portal Pendidikan.
- R&D selama 3 tahun. Modal RM4.5 juta bagi mencipta perisian.
- Pada tahun 2002, telah dilancarkan di 14 buah Sekolah Bestari di Malaysia. Diberikan secara percuma untuk di uji kerberkesanannya. Projek ini telah mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Hasil daripada percubaan sistem ke atas Sekolah Bestari ini selama 3 tahun iaitu daripada 2002 sehingga 2005, 93% pelajar-pelajar yang menggunakan Score A Programme™ telah mendapat pencapaian cemerlang 5A di dalam UPSR dan 8A di dalamPMR iaitu 100% A
- Dipasarkan secara berperingkat sejak pelancarannya pada tahun 2002.Setelah mendapat keputusan yang cemerlang dan diiktiraf oleh kerajaan, pada tahun 2006, Score A Programme™ telah dipasarkan secara meluas melalui konsep jaringan pemasaran iaitu MLM (Multi Level Marketing) agar lebih ramai masyarakat dapat menyedari kewujudan produk pembelajaran yang hebat ini di samping memberi peluang ke arah peningkatan ekonomi.



